
Awak,
awak mungkin masih kurang mengerti.
mengapa sikap saya berubah sebegini.
sekejap nampak bahagia bagai tiada apa yang berlaku,
sekejap lagi sudah berubah bagai berkecil hati.
Awak,
dengan awak mungkin saya sentiasa tersenyum
dengan niat sembunyikan muka kecewa,
moga apa yang diperjuangkan tidak nampak duka
senyuman sahaja yang menghapuskan sakit duka
jadi, saya memilih untuk senyum sahaja
:)
Awak,
saya tidak pernah mahu jadi satu beban
saya tidah mahu menyusahkan
sesiapa yang menjadi pasangan
lebih lebih lagi awak yang hadir sebagai teman.
Awak,
apa yang mahu saya katakan lagi?
saya tiada masalah dengan hati
tampal itu ini
pujuk hati sendiri
Awak,
saya sayang sungguh
walau kadang kadang saya nampak bodoh
walau saya selalunya nampak hodoh
tapi hanya awak yang saya suka.
Awak,
pernahkah awak tahu betapa awak yang saya suka
sukanya saya hingga mengalirkan air mata
walaupun saya tidak pasti beberapa perkara
itu air mata duka
ataupun hujan gembira
yang penting awak ada
sentiasa ada
dalam hidup saya
puisi asal : sharifah zara,2012
0 comments:
Post a Comment