Tuesday 2 April 2013

harus terpisah


harus terpisah by cakra khan. by deway aku suke dengar lagu ni. first time tau sal lagu ni dari fahrin ahmad gitewww.ehem. aku nampak dia tweet lirik lagu ni. so, aku try search then terjumpa la lagu ni .nice song. bila dah hayati lirik sume bagai aku ingat aku nak hadiahkan lagu ni kat someone. 

to someone ko dengar ea,

  

Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

aku dedikasi lagu ni khas untuk seseorang yang hanya menganggap persahabatan itu hanya untuk 3 tahun saje.
so selamat mendengar ye. 


p/s : tukar word "cinta" kepada "persahabatan" ok. aku elergic ngan cinta.



Tuesday 26 March 2013

keje oh keje


macam biasa ayat first setiap kali nak tulis entry."lamanyaaaaa x bukak belog ni".

aku skang tengah cari keje. sebab aku dah habis belaja masa bulan 1 ari tu. rupa-rupanya susah jugak ea nak cari keje ni. ingat jawab paper STPM je yang susah. 

nak citer sikit pengalaman aku sepanjang cari keje ni. first sekali ade satu company panggil aku interview. bincang punye bincang.hampir 5 round interview gak la aku pegi untuk company tu. giler kan? layaknya macam aku nak pegang jawatan CEO je.

at the same time ade lagi 1 company panggil aku gak untuk keje. tapi just keje sementara je la ganti staff dorang nak bersalin. setelah  berbincang dengan mak ayah. ahli lembaga pengarah,pemegang saham.penyimpan mohor besar.ok aku da mula kelaut. aku terpaksa tolak tawaran tu sebab aku ingat nak tunggu kesudahan company yang first ni.

tapi betol la cakap orang. kalo bukan rezeki kita memang tak kan jadi rezeki kita gak. makanan kalo dah nak msuk mulut,tapi bila Allah cakap bukan rezeki akan tumpah jugak makanan tu. korang paham tak ape aku cakap ni?paham?ok bagos !.

setelah 5 round interview aku hadiri. izinkan aku memaki sepatah dua kata kat manager company tu.hal ini disebabkan company hanya mampu membayar aku takat 750 dengan alasan transkrip degree aku x kelua lagi.haha rasa macam nak tambah maki barang sepatah dua lagi kan?aku rasa macam nak mintak je duit minyak aku sepanjang 5 kali interview aku pegi.tapi hasilnya hampeh. 

makanya sekarang aku masih lagi digelar penganggur paling hot gitewww.masih lagi mengintai mana2 peluang kerja walaupun da ribu ribu lemon resume aku hantar. xpe la.ape ape pon aku yakin rezeki tu ada just cepat or lambat je

kalo korang tau mana2 company nak pakai orang.korang roger2 lah aku k. dapat gak aku jadi wanita berkerjaya sambil berbakti pada ibu bapa.cewahhh ! haha okbye.


Friday 11 January 2013

SAD punya hal


waaaaaa ! lama sangat dah x bukak belog ni. last hupdate bulan lepas kot. skang dah masuk bulan january 2013 da. eh ! dah 2013 hokeyyy..sempat lagi kan nak wish hepy new year kat abang2,kakak2,pakcik makcik, abang ensem, lelaki kacak + macho kat lua sana. hehe* gatal sangat kita ni ghupenya T.T . 

Ok, ttba je ari ni tangan rasa gatal nak menaip. maka, nak bercerita lah sikit kan. tadi aku baru je lepas habis paper ke 2 final exam. paper sistem analysis and design dalam erti kata lain S.A.D. korang nak tau,paper ni bapak susah weh. sebenarnya senior2 aku dah pesan awal2 dah.paper ni memang killer. aku je yang wat endah x endah je ngan cakap senior. sekali,,haaa,,amik kau. menangis2 aku jawab tadi.

rasa x guna je study sampai lewat malam,duk library sampai malam*sebenarnya nak cakap aku ni budak nerd. tapi tiba masa nak menjawab.serupa orang x pernah bukak buku .huwaaa ! rasa nak tumbuk je diri sendiri yang sangat pandai ni. hmm,,tapi papepun aku tawakal je skang ni.aku dah berusaha kan? banyak mana yang aku usaha. banyak tu lah yang aku dapat

tapi tadi aku baru je kol mak. mohon kat mak soh doakan aku banyak2..aku x mintak A. janji lulus sudah. kalo x lulus,kena extend weh.susah kalo extend ni. sume plan leh jadi hancur.huwaaaa ! jauhkan lah aku dari kena extend ni,x sanggup !korang yang baca belog aku ni pon tolong lah doakan aku sekali k. korang tolong aku,berlipat- lipat ganda kebaikan yang korang dapat nanti tau. kihkihkih.

ok lah x nak cakap banyak pasal SAD ni. bak kata pepatah yang berlalu biarkan berlau. usah dikenang2, yang datang buat yang terbaik,,sebut yang datang ni, selasa ni aku paper OHA plak.. doakan aku  berjaya ok !haaa,, just satu bende nak citer , time aku tengah jawab paper tadi,ade 2 orang lect berborak kat belakang aku. dia cakap, ramai jugak yang x dapat jawab paper tadi. hmm,,aku harap grade untuk paper ni akan menurun. amin.

Friday 14 December 2012

dear bff


dear bff,
ada satu bende yang aku perasaan akhir2 ni.
kite dah x macam dulu,
kita dah jarang duduk sama2 sambil berkongsi masalah
aku dengar masalah kau dengar masalah aku

dear bff,
tahu kah kau?
aku sangat rindukan saat2 kita dulu
di mana kau cari aku ketika kau susah
tempat kita berbicara bukan lah restoran mahal2
hanya di depan umah aku,sampai jiran sebelah pandang semacam.

dear bff, 
tahukah kau,
aku rindukan saat kite duduk sama2
kita gelak,sedih sume sama2.
aku ingat lagi,saat aku demam
kau datang bawak kan ubat
kau cakap,aku demam rindukan kau
dan kau ajak duduk sama2 dengan kau
ya,di depan umah aku
lepas kita berbicara,demam aku terus baik.

dear bff,
tahukah kau. aku sangat rindukan kau
sehingga aku selalu berfikir
kalau bole diputarkan masa.
aku mahu masa bila kita sama2.
dan biarkan masa itu berhenti saja di situ.

dear bff, 
x lama lagi kita dah x jumpa
kau pulang ke kampung halaman kau begitu juga aku
aku x dapat bayangkan hidup aku 
bila kau xde untuk dgr cerita2 sedih,mengarut aku

dear bff,
saat2 terakhir ni
aku baru sedar
betul cakap orang
lelaki perempuan x leh jadi kawan rapat
kelak ade salah seorang  yang akan bersedih
ya,orang itu adalah aku :)

dear bff,
satu je yang aku nak bagitau
maafkan aku jika lepas ni kau dah jarang dengar citer pasal aku
sebab aku jenis, x kan kacau lelaki yang sudah punya kekasih hati
sebab aku takut
kekasih hati kau akan marah bila terbaca msj2 mengarut yang aku hantar kat kau
aku x mahu kau dan dia bertengkar
aku cuma mahu kau baik2 saja tau. :)

dear bff,
aku doakan kau selalu bahagia dan senang2 saja
aku x tahu nak luah kat sape ,ape yang aku rasa ni
hanya di sini saja yang aku mampu luahkan
dan aku yakin kau x kan bukak belog aku ni kan?

mungkin aku sorang yang akan merindui saat2 ini :')



Saturday 24 November 2012

jom berubah !


lately ni aku selalu terfikir, terkenang,teringat zaman2 aku dahulu. zaman2 aku bertudung labuh, x tinggal quran lepas solat, n zaman lidah selalu basah dengan zikrullah. ntah kenapa lately ni aku selalu membandingkan diri aku sekarang dengan diri aku yang dulu. aku rasa macam dah berputar 360 darjah. just yang menggaburkan pandangan orang aku masih lagi bertudung. sama macam dulu.

ekceli jauh di sudut hati,aku nak sangat berubah.yes! berubah. tapi aku x tau dari mana nak mula. aku perasan dengan diri aku ni.aku x istiqamah kalo buat sesuatu bende. ni la masalah paling besar dalam hidup aku.hmmm,,,korang ade tips cane nak kekal istiqamah dalam beribadat.share la ngan aku.nanti korang boleh dapat pahala tau.hehe hehe..

tadi lepas breakfast aku termenung lagi.. aku banyak tinggal solat. aku takut kalo Allah dah x nak ampunkan aku lagi. aku terpikir cane aku nak gantikan solat2 yang aku dah tinggal tu. so aku try la google kat internet.alhamdulillah..aku jumpa cara2 nak gantikan solat tu.sini aku kasi share ngan korang.semoga bagi manfaat kat kita semua :)

Niat Dan Cara Qadakan Solat Fardhu 5 Waktu...

Soalan

Bagaimanakah cara meng qada kan solat fardhu 5 waktu yang terlepas atau tinggal dengan sengaja..
1 ) apakah cara qada kan solat tersebut?
2) niat qada kan solat??
3) saya terlepas solat subuh?? bagaimana mana qada kan?? apa waktu yang sesuai?? harap ustaz jelas satu per satu... mudah bagi saya faham..

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Solat fardu yang tertinggal atau tidak didirikan pada waktunya perlu diganti (qadha’). Cara melakukannya adalah sama seperti solat fardu yang telah ditinggalkan. Sebagai contohnya, jika tertinggal Solat Zuhur yang mempunyai 4 raka’at, maka solat qadha’ bagi Solat Zuhur tersebut juga mestilah sama seperti Solat Zuhur yang didirikan dalam waktunya. Apa yang membezakan di antara kedua solat ini hanyalah pada niatnya sahaja (di dalam takbir; Ada’an/Qadha’an).

2.         Niat Qadha’ bagi solat fardu lima waktu:

1.   maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

 

2.     Solat Isyak:

“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

3.Solat Subuh:

“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”

4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”

5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”

3.         Jika anda tertinggal Solat Fardu Subuh, anda sudah boleh meengerjakan solat qadha’ untuknya sebaik sahaja matahari telah terbit. Ringkasnya, ia sudah boleh dikerjakan sebaik sahaja telah tamat waktunya.

Selamat beribadat. Wallahu 'alam

p/s  : jom kita ganti solat yang tertinggal kawan2. hidup ni kita x tau lama mana. sebelom x sempat. baik mula dari skang. semoga kita semua istiqamah dalam beribadat.amin..:)

Saturday 10 November 2012

tired.



Don't take people for granted
no matter how much they love u,
people get tired..



Friday 9 November 2012

sudah lah..


  • aku rasa aku dah penat menangis.
  • sampaikan tiada air mata lagi yang ptot kuar
  • sudah lah.
  • lepas ni kita buat hal masing2.
  • ko x perlu susah2 nak puaskan hati aku
  • dan aku x perlu susah2 nak kecik hati dengan kau.
  • mungkin nasib aku memang begini.
  • di ingati di kala susah sahaja.
  • sudahlah
  • hati aku dah tawar betol ni.
  • izin kan aku pergi dari hidup kau
  • semoga kau bahgia dengan apa yang kau ada skang.