ni lah gambar ayah aku? hensem kan? hikhikhik
bercerita pasal ayah. ayah aku ni keje sebagai polis. so aku ni anak polis lah.hihi. ayah aku memang garang. frankly speaking, kitorang adik beradik x rapat pun ngan ayah. kitorang rapat ngan mak je. ape2 hal mesti cari mak dulu. ye lah sebab ayah garang gile. sape berani nak dekat.silap2 ngadu kena tengking. hoho..tapi itu dulu.waktu ayah muda2.waktu aku masih lagi 3 beradik. skang hati ayah sangat lembut walaupun die susa nak senyum untuk anak2 dia.
kenapa aku cakap hati ayah lembut skang?? sebab skang aku dah 5 beradik.buktinya adik aku yg 2 orang bawah aku tu tersangat lah banyak lemak skang sebab jarang kena marah ngan ayah. dulu waktu zaman aku dan abang2, kalo pekse x dapat top 3 konpem belakang badan kena makan tali pinggang. sakit wooo. T__T. bole rasa lagi pedih die bila kena sebat. dulu kalo pukul 7 xde kat umah. ayah akan kunci pintu umah x bagi aku dan abang masuk umah. so bersidaian la kami adik beradik di tangga blok aku sambil buat muka kesian kat jiran2 yang lalu lalang soh pujuk ayah bukak pintu.*dulu aku duduk berek polis. tapi skang adik aku pekse no puluh2 ayah just bebel2 sikit then terus memerap dalam bilik die.balik umah pukul 8 malam, ayah bebel2 sikit terus sambung baca quran. thats y adik aku skang manja.banyak lemak.dan selalu macam nak mintak kaki ngan aku.eh !
malam tadi berborak dengan mak. mak cakap ayah rindukan anak2 dia. ayah selalu tanya angah aku yang dah kahwin tu x balik umah minggu ni? serius.aku sebak T__T. aku x tau nak cakap camne dah. angah aku dah kahwin,dia ade keluarga sendiri. so die bole pikir sendiri. aku cakap ngan mak, jangan bagi ayah pikir sangat.kalau angah ingat dia akan cari sendiri keluarga dia. skang bila sebut pasal ayah. aku otomatik akan jadi insan yang sangat sensitif.otomatik air mata aku akan bergenang. sebab aku tau ayah dah x kuat untuk sara anak2 dia. ayah dah x sihat macam dulu2. skang masa ayah bergembira dengan anak2 di sisi dia.bukan masih lagi membanting tulang bekerja keras sampai malam untk sara anak2 dia lagi.
insyaAllah bulan 1 tahun depan aku akan habis belaja. aku berdoa kat Allah.kalau boleh habis belaja aku terus dapat keje. so aku boleh ganti tempat ayah cari duit untuk keluarga. :) so dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari bapa untuk ayah kesayangan aku.terima kasih di atas segala pengorbanan. doakan adik sempat balas jasa ayah.adik sayang ayah untill jannah ok :) dan selamat hari bapa juga kepada semua bapa di luar sana x kira bapa kandung, bapa angkat, bapa tiri, bapa ayam kalau mahu.kihkihkih. semoga kita sentiasa menghargai bapa kita.
ini lagu untuk ayah aku
ok.aku sebak ! bye semua.
2 comments:
hensemnya ayah awak, mcm ayah kie jgk sama2 hensem :)
tengok anak lah,,kan kita dua ni jelita,so ayah die mesti la ensem2 kankankan? hikhikhik
Post a Comment