lately ni aku selalu terfikir, terkenang,teringat zaman2 aku dahulu. zaman2 aku bertudung labuh, x tinggal quran lepas solat, n zaman lidah selalu basah dengan zikrullah. ntah kenapa lately ni aku selalu membandingkan diri aku sekarang dengan diri aku yang dulu. aku rasa macam dah berputar 360 darjah. just yang menggaburkan pandangan orang aku masih lagi bertudung. sama macam dulu.
ekceli jauh di sudut hati,aku nak sangat berubah.yes! berubah. tapi aku x tau dari mana nak mula. aku perasan dengan diri aku ni.aku x istiqamah kalo buat sesuatu bende. ni la masalah paling besar dalam hidup aku.hmmm,,,korang ade tips cane nak kekal istiqamah dalam beribadat.share la ngan aku.nanti korang boleh dapat pahala tau.hehe hehe..
tadi lepas breakfast aku termenung lagi.. aku banyak tinggal solat. aku takut kalo Allah dah x nak ampunkan aku lagi. aku terpikir cane aku nak gantikan solat2 yang aku dah tinggal tu. so aku try la google kat internet.alhamdulillah..aku jumpa cara2 nak gantikan solat tu.sini aku kasi share ngan korang.semoga bagi manfaat kat kita semua :)
Niat Dan Cara Qadakan Solat Fardhu 5 Waktu...
Soalan
Bagaimanakah cara meng qada kan solat fardhu 5 waktu yang terlepas atau tinggal dengan sengaja..
1 ) apakah cara qada kan solat tersebut?
2) niat qada kan solat??
3) saya terlepas solat subuh?? bagaimana mana qada kan?? apa waktu yang sesuai?? harap ustaz jelas satu per satu... mudah bagi saya faham..

Jawapan
Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
1. Solat fardu yang tertinggal atau tidak didirikan pada waktunya perlu diganti (qadha’). Cara melakukannya adalah sama seperti solat fardu yang telah ditinggalkan. Sebagai contohnya, jika tertinggal Solat Zuhur yang mempunyai 4 raka’at, maka solat qadha’ bagi Solat Zuhur tersebut juga mestilah sama seperti Solat Zuhur yang didirikan dalam waktunya. Apa yang membezakan di antara kedua solat ini hanyalah pada niatnya sahaja (di dalam takbir; Ada’an/Qadha’an).
2. Niat Qadha’ bagi solat fardu lima waktu:
4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”
5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”
3. Jika anda tertinggal Solat Fardu Subuh, anda sudah boleh meengerjakan solat qadha’ untuknya sebaik sahaja matahari telah terbit. Ringkasnya, ia sudah boleh dikerjakan sebaik sahaja telah tamat waktunya.
Selamat beribadat. Wallahu 'alam

1. maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”2. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”3.Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”
5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”
3. Jika anda tertinggal Solat Fardu Subuh, anda sudah boleh meengerjakan solat qadha’ untuknya sebaik sahaja matahari telah terbit. Ringkasnya, ia sudah boleh dikerjakan sebaik sahaja telah tamat waktunya.
Selamat beribadat. Wallahu 'alam
p/s : jom kita ganti solat yang tertinggal kawan2. hidup ni kita x tau lama mana. sebelom x sempat. baik mula dari skang. semoga kita semua istiqamah dalam beribadat.amin..:)