Sunday, 22 July 2012

syukur..

syukur alhamdulillah, malam ni lagi sorang kawan aku datang menghulur salam kemaafan kat aku. mesti korang tertanya2 kan.bape ramai da orang yang aku gadoh ni.yelah sejak ari tu entry sume sal mintak maaf je.hihi.ntah la,nasib badan lah,aku ni kan ramai orang suka benci. so ramai lah yang isi borang nak bergadoh ngan aku.haha.ok konpem pasni korang sume pon takot nak kawan ngan aku kan? ye lah mesti korang pk aku ni jenis kaki gadoh punye budak kan? hehe..terserah lah ape yang korang nak pk.yang penting aku tau sape diri aku yang sebenar :)

ok entry kali ni aku nak citer pasal kawan aku ni nama shah azwan. aku ngan shah ni memang kamceng sejak kitorang form 6 lagi. shah banyak tolong aku dalam pelajaran dan aku pon ade jugak tolong dia time2 dia susah.so disebabkan itu lah kitorang ada hubungan yang baik. sampai ramai orang salah anggap yang aku ngan shah ni kapel.padahal kawan baik je.eh.kalo korang perasan sume kwan yang gadoh ngan aku sume kawan baik aku kan? hehe

sampai la satu masa ni. time orang sibok2 cakap sal kejadian BERSIH. shah sokong pembangkang. dan aku pulak kerajaan. ye lah bapak aku orang gomen. so kena lah jadi rakyat yang mengenang budi skit. kan kan kan? korang tau kan, masa bersih tu sume orang kecam polis cakap polis jahat pukul orang polis x guna. so sebagai anak anggota polis of kos hati aku rasa terluka, terhiris, terkelar , tertikam dan bermacam2 ter lagi bila dengar orang kutuk punca receki ayah aku. :'( . termasuk lah dengan si shah ni update  post die sume kecam polis.

so,aku time tu rasa terpanggil untuk membela anggota polis. * darah pahlawan aku dah kuar time tu. so aku just tegur sikit je. aku just cakap " shah kalo ko x pegi kat tempat kejadian, ko jangan post macam ko yang jadi mangsa itu fitnah nama nya" aku cakap tu je. dan dia balas aku yang x tau citer sebenar. ok aku diam.orang obses pembangkang ni kita cakap ape pon die x kan dengar. bagi aku lah. so aku just diam diam n trus mendiamkan diri. still anggap dia sahabat aku. 

sampai satu hari kawan aku si atikah datang umah. kitorang berborak. dan dia cakap " pizah ko x tengok post shah skang,hebat2 ! " aku pon...hebat? post? shah on9 ke? nape x nampak die post ape2? dungu sangat aku kan time ni? T__T. so aku pon pinjam acc pesbuk tikah. aku nampak sume post dia. tapi bila aku bukak guna acc aku.aku x nampak langsung post die.lantas aku jatuh terduduk.whyyyy? whyyy u did this to me?? ohemjiiii !! why sebab politik je weh,,politik je.. ko buat aku macam ni.ko hide aku dr tengok status ko. dats y aku benci giler ngan politik huh ! 

aku hantar 2, 3 mesej mintak maaf kat dia kot2 aku terkasar bahasa. tapi satu pon die x reply.so aku sedar lah diri aku. parents aku pon nasihat kan x payah pk bende2 ni,ni sume gangguan. so,aku decide tok diam kan diri dan jauhkan diri dari sume orang.yelah aku sedar ramai x suka kat aku rupanya.hihi. alhamdulillah. malam ni Allah dah bantu aku pulih kan hubungan ni,dia hantar mesej kat aku mintak maaf atas segala perbuatan die. hehe. syukur2 sangat. skang aku dah dapat balik 2 orang kawan baik aku . 


bagi aku lah kan. aku dah boleh berpk skang aku dah besar. kalo nak kawen dah bole kawen eh ! hihi. so  skang bukan masa aku lagi nak bergadoh sana sini mcam budak2. kalo orang x suke aku aku terima. n aku x kan balas apa yang orang nak buat kat aku. bagi aku baik aku diam kan diri dan mengadu pada Allah. sebab Allah lah sebaik2 tempat untuk mohon perlindungan. buktinya. skang aku yakin Allah sedang tolong aku :) syukur...

                                                            alhamdulillah..... :)




Friday, 20 July 2012

selamat berpuasa semua

ramadhan datang lagi
so dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak
dan selamat berpuasa pada semua umat islam di dunia ini
:)
so,bulan2 puasa ni kan
mari lah kite sume berlumba2 untuk tambah pahala
dan kalo boleh elakkan dari melakukan benda2 yang mendatang kan dosa
pada sape2 yang tengah bergadoh tu.henti2 kan lah ok
buat2 bertaubat time bulan puasa ni.
kite ni mati bukan boleh dijangka. kot2 sebelom sahur sok Allah dah tarik nyawa
kan dah x sempat nak mintak maap  
 aku x cakap sape2 ok,tolong jangan nak terasa sangat ngan entry aku ni
peace no war
selamat beribadat dan jadikan lah ramadhan ini seperti yang terakhir untukmu


:)

Sunday, 15 July 2012

merdeka !

15 july 2012.tepat pukul 5.15 petang.aku x nak cakap banyak dah.just nak jerit aku dah habis final wehhhhhh !! yeahhhhhh !!!
                       
                                  lepas kuar dewan aku lompat macam ni tadi tanda gembira.siyes ! x caya?
                                                                 ok aku tipu.

alhamdulillah..dengan berakhirnya kertas project menagement tadi maka berakhir jugak lah sem 5 aku..sem yang penuh pancaroba. sem yang memerlukan ketahan fizikal dan mental yang kuat..tapi aku rasa memang semua sem adalah sem yang penuh pancaroba.ye dok?.sampai rasa tiap kali nak masuk kelas harus pasang kekuda dengan kuat agar tidak tumbang bila dilanda ancaman. haih ! merepek suda. ok sila abaikan tuan tuan puan puan.


ok sebelom tu aku nak cita sikit pasal exam aku .serius. exam aku sem ni sume susah2. susah giler sampai rasa nak terkencing2 sambil memaki diri sendiri kenapa aku terlalu bijak sangat . paling susah paper telco.efek dia punya susah sampai rasa semua paper yang aku jawab sebelom2 tu aku x perform bagos.serius.sedih sangat. x tau lah pointer aku nanti dapat bape je.ingat an sem ni nak naik kan pointer tapi kejadah apa nak naikkan pointer bila setiap kali buka kertas soalan final aku terus mencarut berzikir tanda untuk menenangkan hati yang gundah kenapa xde soalan yang lebih susah dorang nak bagi?



dan skang bermulalah cuti sem aku selama 3 bulan. suka suka!padahal kawan2 lain dah lama dah cuti*ok nangis ! tapi aku rasa bila dah di tolak,darab,bahagi,campur,sepak terajang semua xde la sampai 3 buln pon cuti aku.sebab aku kena praktikal sebulan.so,adelah 2,3 minggu je cuti sem aku kot.*ok nangis lagi. tapi x pe.aku akan isi cuti aku tu dengan aktiviti2 berfaedah, pengisisan2 rohani. serta aktiviti2 amal.bahahaha 



so, kawan2 mari bercuti tanpa rasa bersalah walaupun final exam korang jawab macam nak mintak 15 kali tikaman di dada tanpa henti.sebab terlalu happy dapat jawab soalan2 final exam yang susah. okbye.



Thursday, 12 July 2012

setelah sekian lama..

  • setelah sekian lama.
  • kami ber ym semula malam tadi.
  • dengan tiba2 dia menghantar msj
  • katanya dah lama mahu menegur. tapi terlupa sebab dia bukak ym kejap2 je ye ke kejap?
  • tiada benda berat yang dibualkan dan kami hanye berbual kosong saja
  • sekadar bertanya kabar.
  • dan cerita terkini.
  • x tau nak cakap apa. terkejut jugak ym box naik nama dia.huhu
  • lantas respon ku membalas pertanyaan dia dengan jwapan yang pendek2.
  • aku takot.takot harapan itu datang lagi. hati aku x kuat.
  • hanya mampu menguat kan hati, aku dan dia hanya kawan saje :)

Tuesday, 10 July 2012

alhamdulillah.kami sudah berbaik :)

salam maghrib semua.hewhewhew.sudah mghrib masih sempat mahu menghupdate kan?ade ahkak kisah?hujan ribut petir asar,isyak malahan waktu syuruk sekalipon kalo i nak hapdate,i hapdate ok ! haha. actually aku baru balik dari fakulti ni. biasalah budak dekan.biasalah.musim2 exam ni kena lah rajin2 kan diri yang x bape nak rajin ni g menelaah pelajaran kan, duduk rumah aku x study.so pejam mata kuar duit serinngit g naik bus g fakulti then study senyap2 kat library.haaa nampak x u olls semua petanda2 anugerah DL bakal jatuh ke tangan ahkak ! haha.*berangan.


ok pembuka entry yang sangat ke laut.xde kena mngena ngan tajuk.sila bantu aku lempang diri aku sendiri. sebenarnya aku nak cerita.hari ni aku sangat2 gembira dan bersyukur pada Allah.sebab aku dah berbaik ngan musuh aku.eh x.bukan musuh. ntah la x tau nak kategori kan sebagai apa. tapi dulu dia kawan aku dan kami sangat baik.


ya kami sangat baik.sangat2 baik dan sangat3 baik,eh bape banyak sangat lah ni kan?hihi,,xde lah nak tunjuk betapa baik nya kami tu yang letak sangat banyak2.hihi. nak cerita betapa kamceng nya kitorang,time tu semua rahsia dia aku pegang.dan sume rahsia aku dia pegang.oh lupa.kawan aku ni lelaki tau ! nak dijadikan cerita satu hari kitorang gadoh.punca gadoh tu bialah aku dan dia je yang tau.dan itu rahsia antara kami. pergaduhan tu lah membuatkan aku dan dia x bertegur sapa sampai skang.nombor dia aku delete.aku blok dia kat pesbuk,sume berkaitan ngan dia lah aku buang.gila berpatah arang betol lah aku ngan dia time tu.


sampai la sem ni.aku x amik tau langsung pasal dia. bagi aku dia dah xde dalam kamus hidup aku lagi. tapi aku ada gak terpk,maybe ade salah dari diri aku juga. aku nak mintak maaf tapi biasalah, ego aku takut die x nak terima ku dah. apapun alhamdulillah Allah tu Maha Penyanyang. tadi aku dapat mesej dari dia.die mintak maaf atas sume kesalahan die dah buat kat aku. dia suruh aku lupakan apa yang dah berlaku dan mari berkawan semula :)


perasaan aku time tu,sumpah  happy sangat2. rasa nak buat sujud syukur je dalam library tu. hihi, so aku pon balas balik dan aku cakap aku maafkan dia dan mintak dia maafkan aku jugak.series  aku gembira sangat2 weh.ye lah,,dulu aku baik giler ngan dia.sebab ade kertelanjuran kata terus aku jadi musuh ngan dia.sayang x korang rasa? dah la aku satu kepala ngan dia.gila2 punye orang.hihi


so now.aku dah xde musuh dalam hidup aku.dan kurang satu beban dosa aku selama ni.hihi,,syukur Ya Allah. atas semua ni. Kau dah baiki semula hubungan kami. Sesungguhnya Kau lah Tuhan yang Maha Penyayang lg Pengasih :'). so tu je lah aku nak citer. bye semua.

Sunday, 8 July 2012

misteri sejenis penyakit.

  • morning olss
  • ok karate diri sendiri sebab sudah pukul 12 tengah hari masih lagi mahu mengucapkan morning.
  • bdw malam tadi aku tido awal
  • sebab aku telah diserang sejenis penyakit misteri *suspen sgt kan penyakit misteri.bahaha
  • aku pon x tau tapi malam tadi satu badan aku sakit2. nak bergerak pon susah.
  • hanya mampu terbaring sambil mata terkelip2 memandang siling umah.oktipu
  • hahaha,,bdw betol lah,lepas menelan seketul ubat pain killer baru aku mampu menggerak kan badan ni ok.
  • x tau apa punca.
  • mungkinkah efek study research terlalu banyak??
  • sampaikan bila buka paper research time exam rasa nak memaki diri sendiri sehabis mungkin sebab still x dapat nak jawab even 2 hari berkampung di fakulti.puiihh !
  • mungkin aku terlalu banyak dosa pada mak ayah? kita x tau kan?.harus kol mak lepas ni nak mintak maap banyak2
  • okbye.
*oh ye. sebelom ni aku penah jugak kena sakit ni.satu badan sakit. x leh gerak.even nak sikat rambut pon sakit. hanya mampu terbaring sambil merenung masa depan.huhu

Friday, 6 July 2012

dia yang lepas

dia yang lepas.dia masa lalu aku kenangan silam aku dan juga zaman pahit aku
agak2 korang sape lah kan?
huhu..mestilah die yang bernama amar.
dia cinta pertama aku.ya.my first love.
lama gak aku x tulis pasal dia ni kan?phewww~ *perluke update? kuikuikui
x tau lah nape lately ni banyak sangat drama guna nama die
buka past year paper keluar nama dia.
duduk dalam dewan exam dekat ngan dia. Eh ! hikhik
semuanya amar amar amar
hmmm,,ini semua bole buat aku teringat ok. teringat ! x boleh lah camtu kan!
hidup ahkak dah cukup bahagia dah skang, mana bole ingat2 lagi.hoho
actually , aku dalam proses lupakan dia.
aku selalu sebut perkataan benci bila ade orang mention nama dia.
aku pikir yang buruk2 sal dia.
sebenarnya tu je cara yang mampu aku buat untuk lupakan dia
jauh di sudut hati aku.aku xboleh bencikan die 100% ok
sebab die cinta pertama aku.seburuk2 dia.at least die pernah membahagiakan aku.die pernah buat aku gembira, ketawa + menangis satu ketika dulu
huihuihui.
tadi aku borak2 ngan housemate aku aina. pasal amar. aina cakap mungkin dia dah ade awek skang.
hmmm,,aku x tau nak cakap apa. actually aku yakin dalam ati aku ni memang zero ngan dia
tapi bila aku dengar citer sal dia.aku rasa kosong.aku x tau cmne nak cakap perasaan aku time tu..
memang susa lah aku nak explain camne.arghhhh !!
hmm,,xpe lah,,bia aku sorang je yang tau camne rasa tu kan.
aku mintak sgt kat kawan2 aku. bantu aku untuk terus lupakan dia ok
kalo boleh jangan lah sebut2 nama die lagi.tu sume buat aku teringat
aku ni nampak je gagah.tapi hati aku x kuat tau sebenarnya.huhu T__T
tu je lah aku nak cakap.
harap ini adelah entry last untuk die.no more lagi amar lepas ni
:)

dear amar,
aku x mampu nak cari lelaki lain untuk jadi pengganti kau. sebab jenis aku bila aku dah sayang orang tu memang susah aku nak lupa dia dari hidup aku * aku penah cakap ngan kau kan pasal bende ni. lagipun aku x sehot pempuan2 di luar sana yang mudah dapat pengganti. hanya dengan mengingati segala keburukan kau je yang mampu aku buat untuk lupakan kau. aku harap ko dapat maafkan aku.huhu.

aku mohon pergilah kau dari ingatan aku sepenuhnya. pergi dan jangan kembali lagi. sebab aku sendiri pun dah rela lepaskan kau sepenuhnya dari hidup aku. aku doakan kau bahagia.terima kasih sebab pernah membahagiakan aku. :). selamat tinggal.